Thursday, 12 March 2015

Helikopter

Helikopter ialah sejenis pesawat udara yang diangkat dan didorong menggunakan satu atau lebih pemutar mendatar. Helikopter telah dikelaskan sebagai pesawat sayap putar untuk membezakannya dengan pesawat sayap kaku yang biasa. Perkataan "helikopter" berasal daripada gabungan perkataan Greekheliks dan pteron (sayap). Helikopter pemutar tunggal serta terkawal penuh yang dikeluarkan secara besar-besaran buat pertama kali dibina oleh Igor Sikorsky pada tahun 1942.
Helikopter lebih kompleks berbanding pesawat kepak kaku, dan mempunyai kos pengendalian dan kos operasi yang lebih tinggi. Helikopter juga mempunyai kelajuan yang rendah berbanding pesawat kepak kaku serta mempunyai jarak penerbangan yang lebih dekat. Daya angkatan helikopter juga terhad. Tetapi helikopter boleh dikendalikan untuk melakukan pergerakan yang tidak mungkin dibuat oleh pesawat kepak kaku , seperti terbang terkatung-katung di atas sesuatu tempat, terbang ke arah belakang dan berlepas serta mendarat secara menegak.
Tertakluk kepada kemudahan pengisian minyak dan pengehadan beban berat, helikopter boleh terbang ke mana sahaja dan boleh mendarat di mana-mana pelantar yang hanya mempunyai ruang legar dua kali ganda keluasan rotor helikopter tersebut.
Berbanding dengan pesawat rotor miring (tilt rotor) seperti pesawat V-22 Osprey dan pesawat V/STOL seperti AV-8 Harrier, helikopter lebih efisien dari segi penggunaan bahan api dan daya angkatan. Helikopter boleh mengangkat beban hampir dua kali beratnya sendiri, dan menggunakan bahan api yang lebih kurang semasa terkatung-katung dan juga lebih murah untuk dikendalikan. Tetapi helikopter kalah dari segi kelajuan berbanding pesawat lain disebabkan oleh kekangan-kekangan fizikal .

Kereta Kebal

Kereta kebal merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) berantai yang direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung dari meriam bergaris pusat besar dan tembakan sokongan dari mesingan. Kereta kebal seperti "MBT" (Kereta Kebal Utama) dibezakan dengan kereta perisai seperti AFV (Kenderaan Tempur Infantri) melalui persenjataan dan perisainya. Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya. Rantai kereta kebal membolehkannya melintasi sebarang jenis permukaan bumi, hatta jalan kasar dengan kelajuan menakjubkan.
Kereta kebal direka dan digunakan pertama-kalinya oleh British dalam Perang Dunia I (WWI) untuk memecahkan kebuntuanpeperangan kubu parit, dan mereka terlibat secara beransur-ansur untuk menjalankan tugas asal pasukan berkuda di medan perang: dengan sama ada serangan posisi rusuk dengan pergerakan pantas atau menembusi pertahanan dengan pemusatan yang besar. Setiap pergerakan akan diikuti oleh dengan penembusan yang dalam ke barisan hadapan musuh, sekali lagi dengan daya geraknya yang tinggi. Kereta kebal jarang beroperasi sendirian, terorganisasi dalam unit berperisai, selalunya dalam pasukan bersenjata gabungan. Tanpa sokongan yang baik, biarpun mempunyai ketebalan perisai dan daya gerak, ia mudah dimusnahkan dengan meriam anti-kereta kebal khas, kereta kebal lain, roket anti-kereta kebal, periuk api anti-kereta kebal, infantri dan pesawat khas anti-kereta kebal.

Jet Pejuang

Jet pejuang generasi kelima merupakan generasi pesawat pejuang canggih yang bermula di tahun 1990-an dengan F-22 Raptorsebagai satu-satunya pesawat sebegini yang sudah bersedia untuk bertempur. Hingga 2011, generasi pesawat pejuang ini merupakan teknologi pesawat pejuang yang tercanggih.

Kereta Kabel

Kereta kabel biasanya merujuk kepada sistem pengangkutan menggunakan tali kabel untuk mengangkut kenderaan / kereta / kabin atau gondola

Lori

Lori (juga dipanggil trak) adalah kenderaan berat komersial yang digunakan untuk mengangkut barangan dengan kuantiti yang besar melalui jalan raya.
Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris British, lorry; manakala perkataan trakdipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat, manakala istilah trak adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.
Di Malaysia, pemandu lori diwajibkan memiliki lesen memandu kelas E serta GDL iaitu Lesen Vokasional dengan satu catatan bersendisekiranya hendak memandu lori treler. Untuk memohon lesen kelas E, calon pemandu hendaklah berumur 21 tahun ke atas serta sudah memiliki lesen memandu kelas D (kereta) selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Van

Van adalah sebuah kenderaan besar untuk mengisi barang keperluan. Van juga adalah boleh menghantar murid ke sekolah seperti bas

Basikal

Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 [1] di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutanyang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.
Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).
Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru
.