Thursday, 12 March 2015

Helikopter

Helikopter ialah sejenis pesawat udara yang diangkat dan didorong menggunakan satu atau lebih pemutar mendatar. Helikopter telah dikelaskan sebagai pesawat sayap putar untuk membezakannya dengan pesawat sayap kaku yang biasa. Perkataan "helikopter" berasal daripada gabungan perkataan Greekheliks dan pteron (sayap). Helikopter pemutar tunggal serta terkawal penuh yang dikeluarkan secara besar-besaran buat pertama kali dibina oleh Igor Sikorsky pada tahun 1942.
Helikopter lebih kompleks berbanding pesawat kepak kaku, dan mempunyai kos pengendalian dan kos operasi yang lebih tinggi. Helikopter juga mempunyai kelajuan yang rendah berbanding pesawat kepak kaku serta mempunyai jarak penerbangan yang lebih dekat. Daya angkatan helikopter juga terhad. Tetapi helikopter boleh dikendalikan untuk melakukan pergerakan yang tidak mungkin dibuat oleh pesawat kepak kaku , seperti terbang terkatung-katung di atas sesuatu tempat, terbang ke arah belakang dan berlepas serta mendarat secara menegak.
Tertakluk kepada kemudahan pengisian minyak dan pengehadan beban berat, helikopter boleh terbang ke mana sahaja dan boleh mendarat di mana-mana pelantar yang hanya mempunyai ruang legar dua kali ganda keluasan rotor helikopter tersebut.
Berbanding dengan pesawat rotor miring (tilt rotor) seperti pesawat V-22 Osprey dan pesawat V/STOL seperti AV-8 Harrier, helikopter lebih efisien dari segi penggunaan bahan api dan daya angkatan. Helikopter boleh mengangkat beban hampir dua kali beratnya sendiri, dan menggunakan bahan api yang lebih kurang semasa terkatung-katung dan juga lebih murah untuk dikendalikan. Tetapi helikopter kalah dari segi kelajuan berbanding pesawat lain disebabkan oleh kekangan-kekangan fizikal .

Kereta Kebal

Kereta kebal merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) berantai yang direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung dari meriam bergaris pusat besar dan tembakan sokongan dari mesingan. Kereta kebal seperti "MBT" (Kereta Kebal Utama) dibezakan dengan kereta perisai seperti AFV (Kenderaan Tempur Infantri) melalui persenjataan dan perisainya. Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya. Rantai kereta kebal membolehkannya melintasi sebarang jenis permukaan bumi, hatta jalan kasar dengan kelajuan menakjubkan.
Kereta kebal direka dan digunakan pertama-kalinya oleh British dalam Perang Dunia I (WWI) untuk memecahkan kebuntuanpeperangan kubu parit, dan mereka terlibat secara beransur-ansur untuk menjalankan tugas asal pasukan berkuda di medan perang: dengan sama ada serangan posisi rusuk dengan pergerakan pantas atau menembusi pertahanan dengan pemusatan yang besar. Setiap pergerakan akan diikuti oleh dengan penembusan yang dalam ke barisan hadapan musuh, sekali lagi dengan daya geraknya yang tinggi. Kereta kebal jarang beroperasi sendirian, terorganisasi dalam unit berperisai, selalunya dalam pasukan bersenjata gabungan. Tanpa sokongan yang baik, biarpun mempunyai ketebalan perisai dan daya gerak, ia mudah dimusnahkan dengan meriam anti-kereta kebal khas, kereta kebal lain, roket anti-kereta kebal, periuk api anti-kereta kebal, infantri dan pesawat khas anti-kereta kebal.

Jet Pejuang

Jet pejuang generasi kelima merupakan generasi pesawat pejuang canggih yang bermula di tahun 1990-an dengan F-22 Raptorsebagai satu-satunya pesawat sebegini yang sudah bersedia untuk bertempur. Hingga 2011, generasi pesawat pejuang ini merupakan teknologi pesawat pejuang yang tercanggih.

Kereta Kabel

Kereta kabel biasanya merujuk kepada sistem pengangkutan menggunakan tali kabel untuk mengangkut kenderaan / kereta / kabin atau gondola

Lori

Lori (juga dipanggil trak) adalah kenderaan berat komersial yang digunakan untuk mengangkut barangan dengan kuantiti yang besar melalui jalan raya.
Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris British, lorry; manakala perkataan trakdipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat, manakala istilah trak adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.
Di Malaysia, pemandu lori diwajibkan memiliki lesen memandu kelas E serta GDL iaitu Lesen Vokasional dengan satu catatan bersendisekiranya hendak memandu lori treler. Untuk memohon lesen kelas E, calon pemandu hendaklah berumur 21 tahun ke atas serta sudah memiliki lesen memandu kelas D (kereta) selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Van

Van adalah sebuah kenderaan besar untuk mengisi barang keperluan. Van juga adalah boleh menghantar murid ke sekolah seperti bas

Basikal

Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 [1] di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutanyang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.
Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).
Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru
.

Kapal Selam

Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut "navy" memiliki kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk kajian sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia. U-boot ialah ringkasan bagi Unterseeboot (harfiah, "bot bawah laut") iaitu nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalam Perang Dunia Pertama. Salah satu pesawat selam yang lain ialah loceng selam.

LRT

Transit aliran ringan (LRTLight Rail Transit) merupakan sebentuk pengangkutan bergerabak dalam bandar yang lazimnya memakai kelengkapan dan prasarana yang tidak melebihi tahap yang dipakai oleh sistem transit cepat, menggunakan kenderaan gerabak ringan untuk berkhidmat dalam sistem ini.
Di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang, Malaysia, terdapat tiga laluan LRT iaitu Laluan AmpangLaluan Kelana Jaya dan KL Monorail yang dikendali oleh RapidKL.

Feri

Feri adalah sebuah bot atau kapal membawa penumpang, dan kemungkinannya kenderaan mereka, pada laluan yang berkala jarak dekat.
Feri memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan awam bagi kebanyakan bandar persisiran pantai, membenarkan transit langsung antara destinasi dengan kos lebih kecil berbanding jambatan ataupun terowong.
Feri pejalan kaki dengan banyak hentian, seperti di Venice, kadang kala dikenali sebagai bas air atau teksi air.
Di Malaysia, dua pengkalan feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Sep 1959. Pengkalan ini telah diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.

Kapal Terbang

Kapal terbang bersayap tetap (fixed wing aircraft) merujuk kepada kenderaan yang boleh terbang di udara seperti burung. Pesawat ini merupakan sejenis pesawat udara bersayap kekal.
Kapal terbang yang pertama dibina dan diterbangkan oleh Wright bersaudara.

Motosikal

Motosikal adalah sejenis kenderaan berodua dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.
Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal, oleh itu penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut.
Selain kestabilan, kelemahan utama motosikal ialah tiada perlindungan terhadap cuaca buruk serta penunggang motosikal amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Sungguhpun demikian, motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.

Kereta

Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.
Sehingga 2002, terdapat 590 juta kereta penumpang di seluruh dunia (secara kasar sebuah kereta untuk setiap 11 orang).

Video Bas Express


Kereta api


Kereta api, atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu. Landasan kereta api selalunya terdiri daripada rel konvensional. Pada masa kini, sesetengah kereta api menggunakan sistem monorel atau maglev. Daya tujahan kereta api datang dari pelbagai sumber. Biasanya lokomotif atau unit dorong diri ( self-propelled unit) digunakan. Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi mengangkut bijih timah. Ia mula berkhidmat pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld



Wednesday, 11 March 2015

Bas

Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'

.