Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut "navy" memiliki kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk kajian sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia. U-boot ialah ringkasan bagi Unterseeboot (harfiah, "bot bawah laut") iaitu nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalam Perang Dunia Pertama. Salah satu pesawat selam yang lain ialah loceng selam.
Thursday, 12 March 2015
LRT
Transit aliran ringan (LRT, Light Rail Transit) merupakan sebentuk pengangkutan bergerabak dalam bandar yang lazimnya memakai kelengkapan dan prasarana yang tidak melebihi tahap yang dipakai oleh sistem transit cepat, menggunakan kenderaan gerabak ringan untuk berkhidmat dalam sistem ini.
Di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang, Malaysia, terdapat tiga laluan LRT iaitu Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya dan KL Monorail yang dikendali oleh RapidKL.
Feri
Feri adalah sebuah bot atau kapal membawa penumpang, dan kemungkinannya kenderaan mereka, pada laluan yang berkala jarak dekat.
Feri memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan awam bagi kebanyakan bandar persisiran pantai, membenarkan transit langsung antara destinasi dengan kos lebih kecil berbanding jambatan ataupun terowong.
Feri pejalan kaki dengan banyak hentian, seperti di Venice, kadang kala dikenali sebagai bas air atau teksi air.
Di Malaysia, dua pengkalan feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Sep 1959. Pengkalan ini telah diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.
Kapal Terbang
Kapal terbang bersayap tetap (fixed wing aircraft) merujuk kepada kenderaan yang boleh terbang di udara seperti burung. Pesawat ini merupakan sejenis pesawat udara bersayap kekal.
Kapal terbang yang pertama dibina dan diterbangkan oleh Wright bersaudara.
Motosikal
Motosikal adalah sejenis kenderaan berodua dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.
Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal, oleh itu penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut.
Selain kestabilan, kelemahan utama motosikal ialah tiada perlindungan terhadap cuaca buruk serta penunggang motosikal amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Sungguhpun demikian, motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.
Kereta
Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.
Sehingga 2002, terdapat 590 juta kereta penumpang di seluruh dunia (secara kasar sebuah kereta untuk setiap 11 orang).
Subscribe to:
Posts (Atom)





